Catcha Digital Membentuk Portfolio Media Automotif Dengan Jenama Careta, Mekanika, Automachi Dan Auto123

TechnologyDigital
20 Dec 2024 • 8:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Catcha Digital melalui syarikat subsidiari iMedia sedia mempunyai sejumlah media digital dibawah mereka, termasuk OhMedia, Beautifulnara dan sebagainya. Selepas sekian lama memfokuskan kepada media memfokuskan gaya hidup dan hiburan, kini mereka turut membeli kumpulan media memfokuskan automotif, Drive 2 Digital Sdn Bhd.

Dibawah Drive 2 Digital, terdapat sebanyak empat jenama media automotif meliputi bahasa Melayu dan Cina, iaitu Automachi, Auto123, Careta dan juga Mekanika. Ia dikatakan jenama-jenama ini membentuk sejumlah satu juta pengunjung unik setiap bulan, selain mencapai lebih 45 juta tontonan video meliputi di TikTok, Instagram dan YouTube setiap bulan.

Catcha Digital membeli pegangan 60% pada Drive 2 Digital pada nilai RM16.2 juta. Pembayaran akan dilakukan dalam tiga pecahan untuk 24 bulan akan datang, dengan sasaran syarikat D2D mencapai sasaran keuntungan sebanyak RM3.5 juta dalam 12 bulan pertama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved