Catcha Digital tubuh perniagaan baharu untuk bangunkan rumusan teknologi sektor awam

Business & Finance
7 Jul 2023 • 9:31 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Catcha Digital tubuh perniagaan baharu untuk bangunkan rumusan teknologi sektor awam

zulfadli

07/07/2023 - 09:31

KUALA LUMPUR 7 Julai - Catcha Digital Bhd menubuhkan unit perniagaan baharu yang dikenali sebagai "i-Gov" untuk berusaha membangunkan rumusan teknologi dan perisian untuk kerajaan serta sektor awam.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Catcha Digital berkata, i-Gov akan melihat untuk memperoleh penyedia perisian sedia ada kepada kerajaan dan meningkatkan keupayaan dan perkhidmatan mereka, serta terlibat secara langsung dengan Putrajaya dalam inisiatif dan projek baharu yang direka untuk memajukan agenda teknologi kerajaan.

Katanya, i-Gov akan membentuk lembaga penasihat untuk membimbing usahanya dalam ruang kerajaan dalam masa terdekat.

Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove berkata, pihaknya melihat peluang besar untuk bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia untuk menyatukan dan menambah baik perkhidmatan digital untuk negara dan rakyatnya, selaras dengan Pelan Tindakan dan Dasar Ekonomi Digital Malaysia untuk Revolusi Perindustrian Keempat.

"Di peringkat antarabangsa, kemajuan ketara telah dicapai dalam meningkatkan kecekapan dan kemudahan bagi negara melalui pengenalan penyelesaian perisian bertaraf dunia dan akses digital kepada perkhidmatan kerajaan.

"Dengan pelancaran i-Gov, kami menyasarkan untuk mempercepatkan transformasi Malaysia ke arah ekonomi digital," katanya. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved