
KOTA KINABALU: Catuan bekalan elektrik telah dilaksanakan di negeri ini dan Labuan semalam melibatkan 105,628 pengguna berikutkan masalah kekurangan penjanaan dalam grid bekalan elektrik, kata Operator Sistem Grid Sabah dan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Adrian Mosigil.
Beliau berkata masalah itu terjadi disebabkan penjana kuasa bebas (IPP) Teluk Salut dan Rugading mengalami masalah teknikal.
Beliau berkata catuan bekalan ini melibatkan daerah Tawau, Pitas, Beaufort, Kuala Penyu, Nabawan, Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kunak, Kudat, Sandakan, Tenom, dan Papar selain Labuan.
“Catuan dilaksanakan bagi memastikan kestabilan grid Sabah berikutan masalah kekurangan penjanaan. catuan bekalan dilaksanakan bermula pada 10.40 pagi secara berganti-ganti di kawasan yang terbabit sehingga 9.05 malam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Adrian berkata tiada catuan bekalan dijadual untuk dilaksanakan hari ini berikutan IPP Rugading telah kembali beroperasi hari ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
