Cawangan Pertama Di Sabah, Rotiboy Kini Di Kota Kinabalu

18 May 2023 • 11:09 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Yang warga Sabah mengidam Rotiboy tu, tak perlu jauh2 ke Semenanjung atau Sarawak dah!

Cawangan Pertama Di Sabah, Rotiboy Kini Di Kota Kinabalu. Ramai yang bersetuju bahawa Rotiboy adalah jenama ikonik yang menjual pastri sedap seperti roti Rotiboy, Buttermilkboy dan Mochaboy yang terkenal.

Sejak membuka cawangan mereka di Sarawak, Rotiboy kini telah beralih ke Sabah juga – membuka cawangan pertamanya di Kota Kinabalu!

image is not available
Cawangan Pertama Di Sabah, Rotiboy Kini Di Kota Kinabalu

Sekali dengan cawangan Emart pertama di Sabah

Warga Sabah kini boleh menikmati Rotiboy kerana ia akan dibuka di cawangan Emart di Lintas Jaya, yang juga merupakan cawangan Emart pertama dibuka di Sabah.

Perkara ini turut disahkan oleh pengguna TikTok ini yang berkongsi banner yang mempromosikan pembukaan Emart di Sabah, yang menampilkan jenama terkenal lain. Namun, yang paling menarik perhatian ialah Rotiboy!

@imush7

finallyyyyy my rotiboy is fresh out of oven nda suda kempis2 kena duduk dari kl kena kirim ‍♀️

♬ original sound – mushyyyyyy – mushyyyyyy

Terkenal dengan roti mereka yang sedap, Rotiboy mula-mula berpindah ke Malaysia Timur pada tahun lepas apabila mereka membuka cawangan pertama mereka di Kuching.

Sejak itu, mereka telah membuka beberapa cawangan di sekitar Sarawak dan pembukaan baharu Rotiboy di Kota Kinabalu ini akan menjadi cawangan pertama dibuka di Sabah.

Lagi di sini: