Cawangan Pertama Di Sarawak, Godiva Sudah Buka Di The Spring Kuching

13 Jan 2023 • 1:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jom makan coklat ikonik dan aiskrim premium Godiva!

Cawangan Pertama Di Sarawak, Godiva Sudah Buka Di The Spring Kuching. Berita baik buat penggemar dessert terutamanya coklat di luar sana, Godiva telah membuka cawangan pertamanya di Sarawak hari ini.

Setelah lama menantikan pembukaan kedai coklat premium ini, akhirnya ia kini sudah dibuka untuk orang ramai.

image is not available
Cawangan Pertama Di Sarawak, Godiva Sudah Buka Di The Spring Kuching. Sumber Foto: FB The Spring

The Spring, Kuching di tingkat Ground Floor

Bertempat di pusat membeli belah The Spring, Kuching di tingkat Ground Floor, anda kini boleh mendapatkan coklat ikonik serta aiskrim premium Godiva di sini.

Godiva telah menghasilkan coklat hampir 100 tahun, dan jenama coklat premium dari Belgium ini memang sudah dikenali oleh ramai.

image is not available
Sumber Foto: FB The Spring

Tawaran istimewa, boleh dapat aiskrim percuma

Dalam perkongsian The Spring di Facebook, Godiva ada membuat tawaran percuma Aiskrim dengan pembelian RM 150 ke atas dalam satu resit yang sama bermula dari hari ini hingga 19 Januari 2023!

Jadi tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan pelbagai jenis coklat premium yang dijamin enak di sini sekarang.

Lagi port makan menarik yang baharu untuk anda terokai di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved