CCK jual 40% saham PT Adilmart kepada Creador

LocalBusiness & Finance
13 Sep 2024 • 11:43 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

image is not available

CCK jual 40% saham PT Adilmart kepada Creador

syaza

13/09/2024 - 11:43

KUALA LUMPUR 13 Sept - CCK Consolidated Holdings Bhd menjual 40% sahamnya dalam anak syarikatnya di Indonesia, PT Adilmart kepada Creador.

CCK berkata, perkongsian strategik bersama firma ekuiti itu bertujuan bagi mempercepatkan pertumbuhan dan pengembangan PT Adilmart, jenama makanan yang berkembang pesat di Indonesia.

Mengkhususkan diri dalam pengeluaran makanan sejuk beku, PT Adilmart telah muncul sebagai pemain utama di Indonesia, menawarkan pelbagai produk sejuk beku seperti sosej, nugget, burger dan bakso di bawah jenama Jofrans, Chop Chop dan Hoho.

Dengan kemudahan pembuatan yang terletak di Cikupa dan Pontianak, PT Adilmart telah membina tapak kukuh di Kalimantan dan Jawa Tengah.

Ia juga merancang untuk mengembangkan kapasiti pengeluarannya bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Pengarah Urusan Kumpulan CCK, John Tiong Chiong Hiiung berkata, kerjasamanya dengan Creador sejajar dengan visinya dalam pertumbuhan masa depan PT Adilmart.

“Dengan kepakaran Creador dan kehadiran jenama kami disokong oleh rangkaian pengedaran tempatan kukuh, kami percaya perkongsian ini akan meningkatkan kapasiti kami bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk makanan pengguna sejuk beku di Indonesia.

“Pentauliahan kemudahan pengeluaran ketiga kami yang akan datang akan menyokong lagi strategi pertumbuhan kami, mengembangkan jejak dan liputan pengedaran PT Adilmart ke pasaran utama lain di Indonesia,” ulas beliau. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved