CCTV Berjaya Rakam Detik Wanita Selamba Bawa Lari Motor Di Kedai Jual Motosikal

Entertainment
23 Aug 2022 • 4:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

CCTV Berjaya Rakam Detik Wanita Selamba Bawa Lari Motor Di Kedai Jual Motosikal

INDONESIA – Tindakan nekad seorang wanita selamba bawa lari motosikal di sebuah kedai menjual motosikal di Indragiri Hulu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup CCTV.

Rakaman kamera litar tertutup CCTV itu menunjukkan kejadian berlaku pada hari Ahad (21/8/2022) sekitar jam 12.30 tengah hari.

Video itu telah dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram @kabarnegri pada Isnin.

image is not available
Gambar : Instagram

Menerusi video tersebut, jelas menunjukkan seorang wanita yang pada mulanya masuk ke kedai pengedar motosikal seorang diri dan menuju ke deretan motosikal di barisan kedua.

image is not available
Gambar : Instagram

Selepas itu, dia segera menghampiri sebuah motosikal lalu menaiki dan membawa motosikal tersebut pergi dalam beberapa saat sahaja.

image is not available
Gambar : Instagram

Selepas sejam, akaun Instagram yang sama telah memuat naik video baru yang menunjukkan wanita tersebut jatuh ke dalam longkang bersama motosikal yang dicurinya.

Wanita itu dilihat memakai pakaian yang sama seperti ketika mencuri motosikal tersebut.

Pakaian dan rambutnya kelihatan kotor dan basah manakala motosikalnya didapati berada di dalam longkang di tepi jalan berhampiran ladang kelapa sawit.

Wanita itu jalan dengan longlai ke arah jalan raya dan terdapat dua orang lelaki yang cuba untuk mengangkat motosikal tersebut.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial, sehingga kini ia telah mendapat lebih seribu tanda suka.

Sumber : Suara.com