CCTV rakam kedai meletup sebelum terbakar

14 Feb 2024 • 1:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar yang memaparkan CCTV merakam kejadian kebakaran sebuah kedai di Kepong Baru, Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu.

image is not available
Pancaran api kesan letupan di kedai berkenaan.

image is not available
CCTV yang dipasang di Kepong Baru.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mengkongsikan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian kebakaran di tingkat satu sebuah kedai tingkat di Kepong Baru pada awal pagi Rabu.

Video berdurasi 56 saat dikongsikan di aplikasi X itu telah mendapat 5,330 tontonan memaparkan kejadian berlaku jam 2.42 pagi menyaksikan premis berkenaan tiba-tiba meletup sebelum terbakar.

**media[2537288]**

Letupan kuat tersebut turut menyebabkan sistem penggera kereta berhampiran berbunyi seterusnya menarik perhatian orang awam yang berada di lokasi.

Maklumat diterima daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan, kebakaran tersebut membabitkan tingkat atas premis.

Balai Bomba Penyelamat (BBP) Manjalara dan Jinjang terlibat dalam operasi pemadaman tersebut.

JBPM berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

**media[2537286]**

Sementara itu, Lip Eng ketika dihubungi memaklumkan, CCTV tersebut telah dipasang sejak September tahun lepas di bawah peruntukan pejabatnya.

"Sebanyak 21 CCTV resolusi tinggi dipasang sekitar Pasar Pagi Kepong Baru dengan kos RM50,000.

"Pemasangan CCTV ini susulan masalah kecurian dan masalah sampah yang dibuang merata-rata," katanya.