Cebisan, abu mangsa beragama Islam wajib diurus sebagai jenazah

11 Sep 2026 • 7:20 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Cebisan, abu mangsa beragama Islam wajib diurus sebagai jenazah

PETALING JAYA: Cebisan anggota atau abu mangsa nahas beragama Islam tetap wajib dihormati dan diuruskan sebagai jenazah, bukannya dibuang atau dilupuskan seperti bahan biasa.

Mufti Pulau Pinang, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, kesempurnaan jasad bukan syarat mutlak untuk seseorang menerima penghormatan dan pengurusan menurut hukum syarak.

Katanya, pada asasnya pengurusan jenazah merangkumi empat perkara iaitu memandikan, mengkafankan, menyembah­yangkan dan mengebumikannya yang merupakan fardu kifayah.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelaksanaan kewajipan tersebut mengambil kira keadaan dan kemampuan sekiranya jasad me­ngalami kerosakan teruk akibat kemalangan atau kebakaran.

“Dalam Mazhab Syafie, sekiranya ditemukan sebahagian daripada jasad seorang Muslim yang disahkan meninggal dunia, bahagian tersebut hendaklah diuruskan dengan penuh penghormatan.

“Jika boleh dimandikan tanpa menyebabkan kerosakan lebih lanjut, ia hendaklah dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut beliau, sekiranya keadaan jasad terlalu teruk sehingga tidak boleh dimandikan, tayammum boleh dilakukan sebagai ganti, terutamanya apabila penggunaan air dikhuatiri menyebabkan jasad semakin hancur.-UTUSAN

The post Cebisan, abu mangsa beragama Islam wajib diurus sebagai jenazah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved