
Kota Kinabalu: Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun menyeru semua syarikat Sabah, khasnya dalam industri minyak dan gas (O&G), untuk berkembang dan meningkatkan penyertaan dalam projek luar Sabah.
“Saya cukup senang hati jika syarikat-syarikat Sabah berjaya mendapat kerja di luar daripada Sabah. Ini adalah perkembangan penting untuk pertumbuhan mereka sendiri, sekali gus ekonomi kita.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Oleh itu, saya ingin menekankan semua syarikat tempatan dalam industri ini perlu bantu diri sendiri kerana ini adalah persediaan kita.
“Buatlah semua yang diperlukan, termasuk apa yang Petronas perlukan sebagai persediaan, agar peluang untuk kita dapat membida kerja-kerja pada masa akan datang lebih berjalan lancar,” katanya selepas majlis pelancaran Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Khamis.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Menurut Masidi, industri minyak dan gas merupakan sebuah industri yang mencabar dan tidak mudah untuk dilaksanakan jika syarat-syarat asas yang ditetapkan tidak dipenuhi.
“Perkara utama ialah mesti ikut semua syarat yang ditetapkan oleh Petronas kalau mahu mengambil bahagian dalam tender.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ini termasuk kerja-kerja yang diberikan Petronas meliputi penglibatan kursus, pendaftaran dengan pihak Petronas sendiri dan banyak lagi.
“Masalah yang kita kenal pasti ini kebiasaannya adalah ada syarikat yang menganggap hal ini mudah, memandang remeh dan dia daftar satu syarikat satu tender, dan apabila tidak dapat, dia marah,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Tambah Masidi lagi, SMJ Energy diwujudkan sebagai pusat penyelarasan khusus untuk membantu syarikat tempatan mencapai tahap kelayakan dalam membida kerja-kerja berkaitan industri minyak dan gas.
“Sekarang ini, kita tengok banyak syarikat tempatan yang berpotensi, namun kadang kala kelayakan untuk membida kerja-kerja itu sekadar untuk projek peringkat rendah.
“Mereka hanya boleh mengendalikan tugas-tugas mudah, bukan kerana apa, tetapi untuk meningkatkan tahap kemampuan mereka, supaya bila kerja-kerja mudah boleh mereka laksanakan, selepas ini mereka boleh bida untuk kerja-kerja lebih besar.
“Jadi buat masa sekarang, kita buka bidaan kepada syarikat luar Sabah untuk kerja-kerja di Sabah, tetapi dengan syarat, dia mesti ambil rakan kongsi dari kalangan syarikat-syarikat di Sabah. Strategi mentor ini akan membantu perniagaan tempatan berkembang dan menimba pengalaman,” tambahnya.
SMJ Energy, yang dinaungi oleh Kerajaan Negeri Sabah, ditubuhkan selepas Perjanjian Kolaborasi Komersial (CCA) antara Sabah dengan Petronas pada Disember 2021.



