CEC DAP akan bincang gelaran Datuk diterima Suee Lim

Politics
17 Dec 2023 • 3:04 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan membincangkan isu anugerah gelaran ‘Datuk’ yang diterima wakil rakyatnya, Ng Suee Lim, dalam mesyuarat akan datang.

Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung parti, Anthony Loke dalam sidang media di Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan hari ini.

Suee Lim yang juga Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor antara 97 penerima dalam senarai penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, baru-baru ini.

Polisi DAP sebelum ini melarang pemimpinnya menerima sebarang gelaran semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Pada Oktober lalu, CEC mengeluarkan teguran keras kepada dua wakil rakyat DAP Sabah kerana menerima anugerah gelaran Datuk dan memutuskan tindakan mereka melanggar dasar parti.

Bagaimanapun Suee Lim berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada kepimpinan parti sebelum menerima darjah kebesaran itu.

Loke ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, pihaknya telah meminta Suee Lim membawa perkara itu ke Jawatankuasa DAP Selangor.

“Memang dia ada bincang dengan saya. Kita akan bincang dalam mesyuarat CEC akan datang,” katanya seperti dipetik Malaysiakini. - 17 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved