Cecah 20 Ribu Tontonan, Lelaki Buat Live ‘SUKMA’ Lumba Siput Di Tiktok Buat Netizen Geli Hati

22 Aug 2024 • 11:38 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bukan kaleng-kaleng orang ni buat live lumba siput raih penonton sampai 20K

Cecah 20 Ribu Tontonan, Lelaki Buat Live ‘SUKMA‘ Lumba Siput Di Tiktok Buat Netizen Geli Hati. Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Ash (@tansri_ash) telah mencipta satu trend baru yang tidak diduga – perlumbaan siput sedut!

Ash membuat live di TikTok pada waktu-waktu tertentu untuk mengajak penonton menyaksikan “perlumbaan” yang unik ini.

image is not available

Penonton dapat menyokong “wakil” negeri kegemaran mereka

Pada awalnya, beliau menggunakan penutup periuk sebagai laluan perlumbaan, namun kemudian meningkatkan set perlumbaan dengan menggunakan polisterin panjang dan garisan yang jelas.

Apa yang menarik, setiap siput yang menyertai perlumbaan ini diberi nama dan mewakili negeri-negeri di Malaysia. Jadi, selain menyaksikan perlumbaan yang menghiburkan, penonton juga dapat menyokong “wakil” negeri kegemaran mereka.

Menurut carian, live perlumbaan siput sedut ini telah mencapai lebih 20,000 tontonan! Ini menunjukkan betapa ramai yang terhibur dengan idea kreatif Ash ini. Komen-komen yang penuh dengan keceriaan juga membuktikan bahawa perlumbaan siput sedut ini berjaya membawa kegembiraan kepada ramai orang.

Aktiviti seperti ini mungkin terdengar pelik, namun ia menunjukkan bahawa setiap individu boleh mencipta hobi yang unik dan menyeronokkan untuk diri sendiri mahupun orang lain. Siapa sangka, perlumbaan siput sedut boleh menjadi hiburan yang menggembirakan!

Baca juga artikel menarik di bawah: