Cedera Parah Dalam Kemalangan Ragut Nyawa 6 Beranak, Abang Sulung ‘Update’ Keadaan Terkini Adik

5 Oct 2023 • 2:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
abdullah

Sampai ke hari ini, kami yakin masih ramai yang menangis terkenangkan insiden kemalangan yang meragut nyawa 6 beranak.

Lebih menghibakan apabila anak sulung Abdurrahman sendiri mengimamkan solat jenazah bapa, ibu dan empat adik beradiknya yang lain. Satu-satunya mangsa terselamat iaitu Abdullah pula cedera parah dan terpaksa ditidurkan.

Terbaru, Rahman meluahkan rasa syukur dan menganggap satu keajaiban Allah SWT apabila adiknya semakin pulih.

@rahmanlahhhhhhh

hai saya dollah harini saya minum pakai syringe dah saya dah cabut dah tiub saya doakan saya kuat ye hehe

♬ Tanpa Rasa Bersalah – Fabio Asher

Kalau sebelum ni Abdullah minum susu pakai tiub dan botol, sekarang Abdullah dah boleh makan bubur. Habis semangkuk! Alhamdulilah.

image is not available

image is not available

image is not available
Kredit: TikTok @rahmanlahhhhhhh

Rahman sempat mengusik panggil adiknya ‘Baby Doll’ sebab terpaksa minum susu pakai botol. Dalam hantaran lain, Rahman berdoa semoga adiknya itu cepat sembuh kerana Abdullah adalah kekuatannya.

image is not available

Rahman juga menitipkan kata-kata buat kedua ibu bapa dan adik beradiknya yang telah pergi. Semoga Rahman dan Abdullah kuat menghadapi dugaan besar daripada Allah SWT.

Kredit: TikTok TikTok @rahmanlahhhhhhh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.