Cedera Semasa Jalankan Tugas Di Sabah, Individu Ini Luah Terkilan Tiada ‘Rakan Uniform’ Yang Jenguk

26 Jun 2023 • 3:17 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Individu ini juga menyatakan bahawa dirinya sudah terlantar di hospital selama setahun

Cedera Semasa Jalankan Tugas Di Sabah, Individu Ini Luah Terkilan Tiada ‘Rakan Uniform‘ Yang Jenguk. Kalau sudah namanya hidup bermasyarakat, pastinya kita kena ambil tahu keadaan di sekeliling tak kira jiran berhampiran atau rakan sekerja.

Ia bukanlah bermaksud kita menjaga tepi kain orang. Namun, cukuplah sekadar ambil tahu perihal kesihatan dan keperluannya yang mungkin kita boleh bantu.

image is not available
Cedera Semasa Jalankan Tugas Di Sabah, Individu Ini Luah Terkilan Tiada ‘Rakan Uniform’ Yang Jenguk

Sepanjang beliau di hospital tiada satu unit kebajikan yang datang melawat

Seorang pegawai dari sebuah jabatan di Sabah membuat kongsian di laman Facebook mengenai penderitaannya dalam terlantar di hospital selama setahun.

Individu ini tercedera semasa menjalankan tugas tetapi tidak mendapat kunjungan dari mana-mana wakil dari Unit Kebajikan. Beliau merasa terkilan dengan sikap tidak peduli pihak jabatan terhadap kesejahteraan pegawai yang tercedera semasa bertugas.

image is not available

Kongsian tersebut telah raih perhatian warganet hingga 5.3K tanda suka dan 2.2K kongsian di laman Facebook.

Merasa simpati dengan beliau, warganet menyatakan rasa tidak puas hati dengan perlakuan yang diterima oleh individu tersebut. Ramai yang beranggapan bahawa anggota pihak berkuasa dipandang serong oleh masyarakat dan media sehingga tidak memperoleh penghargaan yang sepatutnya.

Makin memarakkan geram netizen, individu turut menyatakan bahawa pihak atasan meminta beliau untuk hapuskan kongsian tersebut.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah:

View Original Article