Cederakan teman wanita: Pemain bola sepak Liga Super akan dituduh di mahkamah hari ini

LocalFootball
19 Jun 2023 • 11:14 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Seorang pemain bola sepak Liga Super yang ditahan sebelum ini kerana dipercayai menyebabkan kecederaan terhadap teman wanitanya akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Pemain bola sepak berusia 30 tahun yang beraksi dalam kempen Liga Malaysia bersama pasukan Sabah FC itu dipercayai melakukan kekasaran terhadap teman wanitanya selepas berselisih faham di dalam sebuah bilik hotel di Petaling Jaya, 7 Jun lepas.

Mohamad Fakhrudin dalam kenyataan sebelum ini berkata suspek yang pernah menyarung jersi kebangsaan itu telah menyebabkan kecederaan di bahagian badan teman wanitanya selain telefon bimbit mangsa turut mengalami kerosakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika disabitkan kesalahan. - Bernama

View Original Article