“Cedok Lawak Orang Lain” – Aeril Zafrel Dituduh Perasan Kelakar Lepas ‘Upload’ Video Zahid Hamidi ‘Berundur’

Politics
21 Nov 2022 • 6:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Umum sedia maklum, ramai yang meminta Presiden UMNO Zahid Hamidi untuk meletak jawatan dengan kadar segera selepas Parti Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 30 kerusi parlimen seluruh negara.

Susulan desakan yang diberikan kepada Zahid, ramai yang mengambil peluang tentang isu hangat berkenaan dan menjadikannya bahan jenaka di media sosial.

Pelakon Aeril Zafrel turut memuat naik posting mendakwa Zahid Hamidi telah ‘berundur’ daripada jawatan yang dipegang.

Namun, perkara itu hanyalah video yang disunting oleh seseorang yang menyaksikan Zahid Hamidi berjalan secara berundur.

Walau bagaimanapun, menerusi komen satu forum, gurauan Aeril berikut mendapat reaksi negatif warganet di mana rata-ratanya yang menyifatkan dia sebagai ‘pencuri’ lawak orang lain.

Dalam pada itu, ada juga yang berasa rimas dengan pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang dianggap suka mencari publisiti murahan.

image is not available

Untuk info, dalam Pilihan Raya Umum ke-15, Pakatan Harapan (PH) telah memenangi 82 kerusi, Perikatan Nasional (PN) 73 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) dengan 30 kerusi.

image is not available 5 hari lalu

"Nak Lari Dari Undi La Tu" - Janna Nick 'Healing' Di Eropah, Netizen Pesan Jangan Lupa PRU15