
Tular baru-baru ini mengenai satu video TikTok memaparkan seorang warga emas menggunakan teknologi dron bagi meninjau kebun duriannya.
Opah pantau kebun durian pakai dron jadi tumpuan
Dalam video itu, seorang nenek digelar opah dilihat sedang menggunakan dron bagi tujuan pengurusan data kebun.
Opah dah moden, cek deroyan guna dron.. ingat orang muda je pandai guna..
Netizen kagum dengan kebolehan opah
Dalam pada itu, opah juga sempat mempromosikan pelbagai jenis durian yang ditanam di kebunnya itu seperti durian kucing tidur, durian kunyit, durian paduka dan banyak lagi.

Meninjau ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa kagum terhadap keupayaan opah dan berasa terhibur dengan gelagatnya mengendalikan dron tersebut.
Aje handa Opah, idak ke mangkor doyan kanja dibuatnya.
Gempak la Opah, saya pun tak reti pakai dron.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"'Processing Fee' Sampai RM10K" - Individu Dedah Taktik Licik Jual Kereta 'Second Hand', Caj 'Hidden Fee' Merepek
The post “Cek Deroyan Guna Dron…” – Gelagat Opah Pantau Hasil Kebun Durian Pakai Dron Jadi Tumpuan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

