Cekal & Berdedikasi, PDRM Kehilangan Seorang Operatif UTK Disegani

14 Jul 2022 • 10:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cekal & Berdedikasi, PDRM Kehilangan Seorang Operatif UTK Disegani

Seorang operatif Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM dilapor meninggal dunia akibat jangkitan kuman di otak pada 12 Julai lalu, kira-kira 4.39 petang, menurut satu perkongsian album di facebook PDRM.

Lans Koperal Arique Shazawie Daud disifatkan sebagai seorang anggota yang cekal dan berdedikasi tinggi dan kehilangan mendiang merupakan satu kehilangan besar buat unit elit PDRM tersebut.

image is not available

Mendiang sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat demam pada awal bulan Jun ketika terlibat dalam penugasan Ops Taring. Kesihatannya mula merosot dan meninggal dunia dua hari lepas.

”Selain aktif dalam pelbagai operasi yang pernah dilaksanakan UTK, mendiang juga terlibat dalam kawalan rapat orang kenamaan dari dalam dan luar negara selain pernah mengharumkan nama Pasukan menerusi sukan olahraga serta bina badan.

image is not available

”Jasad anak jati negeri Sabah itu selamat dikebumikan dengan penuh istiadat kepolisan di kampung halamannya dekat Tanah Perkuburan Kristian Kampung Mangkawagu, Tongod, Sabah oleh sahabat handai dari UTK dan kaum keluarga terdekat, petang tadi,” menurut perkongsian itu lagi.

Turut menghadiri memberi penghormatan terakhir adalah Komander UTK, SAC Mohamad Suzrin Mohd Rodhi. Lebih bermakna pengkebumian mendiang disempurnakan sendiri oleh SAC Mohamad Suzrin bersama-sama rakan operatifnya yang lain.

image is not available

Hadir sama dalam majlis berkenaan adalah anggota dan pegawai kanan UTK dari Eastern Security Command dan wakil Polis Sabah.

”Sesungguhnya berita sedih pemergian mendiang Lans Koperal Arique itu bukan sahaja satu kehilangan besar buat Pasukan, malah rakan seperjuangan dalam UTK yang teguh cekal dan berdedikasi.”

image is not available

Sumber: PDRM

View Original Article