CelcomDigi akhirnya tawar pas akses 5G percuma untuk Postpaid 40 dan Postpaid 60

Digital
29 Jan 2024 • 7:26 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Berdasarkan perkongsian pengguna dalam talian, dilaporkan yang CelcomDigi kini menawarkan akss 5G percuma untuk pelanggan pelan seperti:

  • Digi Postpaid 40
  • Celcom Postpaid 40
  • Digi Postpaid 60
  • Celcom Postpaid 40

image is not available

image is not available

Ini adalah satu perkembangan positif kerana sebelum ini, hanya pelan pascabayar yang mempunyai komitmen bulanan RM90 ke atas sahaja yang diberikan akses percuma. Maknanya, kemudahan ini telah diperluas kepada komitmen serendah RM40/bulan.

Seperti biasa, pas akses 5G masih perlu diaktifkan melalui aplikasi Celcim Life dan MyDigi sebelum boleh digunakan.

Untuk pengetahuan anda, pengguna telco CelcomDigi ada yang perlu membayar sehingga RM20/bulan untuk beroleh akses 5G walaupun pihak telco mengatakan yang ia bukanlah pas akses sebaliknya kuota tambahan untuk menikmati 5G dengan lebih selesa.

image is not available

image is not available

Dengan perkembangan terbaharu ini, maka pascabayar RM40 adalah pelan pascabayar termurah telco itu yang ada akses 5G. Perlu diingatkan juga, pelan legasi yang lebih lama seperti DIgi Infinite masih tidak diberikan akses 5G kepada pelanggannya.

Ini adalah tips daripada @snazzybizarre

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved