CelcomDigi dan DHL pamer gudang yang diperkasa robot berautonomi dan 5G pertama di Malaysia

13 Oct 2023 • 7:06 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

CelcomDigi Berhad dan DHL Supply Chain Malaysia telah bekerjasama untuk menayang bagaimana teknologi 5G boleh memanfaatkan bukan sahaja pengguna biasa, malahan perusahaan besar.

image is not available

Mereka mengumumkan sistem pengurusan inventori berautonomi AI yang diperkasa 5G pertama di Malaysia di salah satu gudang mereka yang terletak di Shah Alam.

image is not available

Pengurusan berteknologi baharu ini katanya akan:

  • menambah baik kecekapan secara keseluruhan
  • mempertingkat kejituan pengurusan inventiru
  • mengurangkan risiko kemalangan
  • mempercekap penggunaan ruang gudang
  • ke arah aktiviti gudang yang lebih lestari

image is not available

Di pihah CelcomDigi, mereka telah memasang stesen pemancar mini di dalam gudang tersebut untuk memastikan capaian 5G yang tidak terganggu.

image is not available

Melalui demonstrasi, DHL menujukkan penggunaan dron berautonomi untuk melakukan aktiviti stock-take secara automatik secara pantas dan tepat. Menggunakan dron, merekamaklumkan yang kecekapan dipertingkat sebanyak sehingga 20 kali ganda manakala kejituan berada pada paras 100%.

image is not available

DHL memaklumkan yang mereka bercadang untuk memperluas penggunaan 5G ke lebih banyak gudang mereka di seluruh Malaysia.