CelcomDigi Fibre tawar Sony Playstation 5 secara ansuran, dari RM190/bulan dengan dua alat kawalan

Digital
28 Jun 2023 • 4:16 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selain melancarkan pelan jalur lebar lebih pantas, CelcomDigi turut meluaskan tawaran tambahan mereka untuk pelanggan. Selain TV pintar sedia ada, pelanggan yang layak turut boleh menambah pembersih udara dan konsol permainan Sony Playstation 5 dari RM190/bulan.

Konsol Sony Playstation 5 yang ditawarkan CelcomDigi Fibre adalah Edisi Digital, yang dinyatakan berharga RM2,418. Konsol ini datang dengan satu alat kawalan DualSense Controller dan ditambah alat kawalan kedua. Sebenarnya, Playstation 5 Digital Edition berharga RM2,069 di kedai biasa. Jadi CelcomDigi dilihat menyatakan harga rasmi yang telah ditambah harga alat kawalan kedua.

image is not available

Tanpa kontrak 24-bulan, pelanggan turut boleh membeli Playstation 5 Digital Edition pada harga RM2,155 sahaja, penjimatan sebanyak RM263. Pembelian ini boleh dijadikan secara ansuran 12-bulan iaitu RM180/bulan atau ansuran 24-bulan berharga RM90/bulan.

Tawaran CelcomDigi ini pastinya jauh lebih baik berbanding tawaran Unifi Fibre. Tetapi ia masih tidak sebaik tawaran Maxis yang memberikan Playstation 5 dengan bayaran RM4/bulan dengan kontrak Zerolution selama 36-bulan.

image is not available

Selain konsol permainan, CelcomDigi turut menawarkan gabungan “Xiaomi Clean & Cool” iaitu Xiaomi Smart Tower Fan dan Xiaomi Smart Air Purifier, bernilai RM898. pelanggan CelcomDigi boleh mendapatkannya pada harga RM811 (jimat RM87) atau membayarnya secara ansuran selama 12-bulan iaitu RM68/bulan.

Bagi tawaran TV Pintar, ia masih tidak berubah. Antara TV yang ditawarkan adalah TV Samsung 50″ 4K UHD dengan ansuran 24-bulan sebanyak RM64/bulan. TV lain yang turut disediakan adalah seperti TV Samsung 4K UHD bersaiz 55″ dan 65″, serta TV Hisense 55″ 4K UHD Google TV.

image is not available

Bagaimanapun, tawaran bayaran ansuran bukan disediakan oleh CelcomDigi, sebaliknya menggunakan kad kredit Maybank atau CIMB, menerusi pelan ansuran mudah bank. Untuk membelinya terus dengan sekali bayar, bayaran boleh dibuat menerusi pembayaran atas talian, kad debit dan kredit Visa serta Mastercard, juga eWallet Boost atau GrabPay.

Di dalam soalan lazim (FAQ), hanya pelanggan CelcomDigi Fibre 300Mbps dan ke atas sahaja layak mendapatkan tawaran tambahan ini. Pelanggan boleh mendapatkan sehingga 3 tambahan untuk setiap akaun CelcomDigi Fibre.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman web CelcomDigi Fibre atau semak terus katalog tawaran tambahan.

Bacaan Berkaitan