CelcomDigi, i-City bekerjasama ubah landskap kesalinghubungan Shah Alam

30 Oct 2023 • 5:07 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

CelcomDigi, i-City bekerjasama ubah landskap kesalinghubungan Shah Alam

zulfadli

30/10/2023 - 17:07

KUALA LUMPUR 30 Okt - CelcomDigi Berhad dan i-City, menjalin kerjasama bagi mempercepatkan pembangunan digital Shah Alam dengan menyediakan potensi tidak terbatas di pelbagai bidang melalui pelancaran infrastruktur fiber CelcomDigi, berserta akses kepada kesalinghubungan dan teknologi 5G.

Ia akan menyumbangkan kepada matlamat Shah Alam untuk menjadi bandar pintar di ASEAN menjelang tahun 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata, pihaknya komited untuk membawa rumusan, tawaran, dan pengalaman terbaik kepada pelanggan, termasuk penduduk dan peniagaan di i-City, dengan menggunakan teknologi fiber, 5G, dan 4G yang berpatutan.

Katanya, pihaknya akan menawarkan rumusan konvergen untuk semua keperluan internet dan gaya hidup seperti hiburan di rumah, permainan, aplikasi internet kebendaan (IoT) yang pintar, dan banyak lagi.

"Kami bersemangat tinggi untuk bekerjasama dengan i-City. Kami akan bekerja bersama untuk membangunkan dan mencipta perkhidmatan digital inovatif yang akan meningkatkan kualiti hidup penduduk dan pertumbuhan perniagaan dalam ekosistem digital masa kini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong berkata, kerjasama itu akan membuka peluang yang luas kepada penduduk Shah Alam, terutamanya ketika negara sedang mendorong penggunaan Industri 4.0.

Beliau berkata bahawa daya tarikan Shah Alam, sebagai pusat pentadbiran Selangor kian meningkat di kalangan pelabur, pembeli hartanah, dan penyewa.

image is not available

"Pelancaran 5G di Malaysia akan melihat aplikasi yang lebih luas dalam era IoT. Kini, potensi untuk mengubah kehidupan dengan menghubungkan dan memberi daya kepada objek dan peranti harian untuk meningkatkan keselesaan, kecekapan, dan keselamatan melalui pengautomatan dan kawalan berasaskan data menjadi lebih besar.

"Oleh itu, integrasi saluran internet ultra pantas di rumah dan 5G di telefon mudah alih akan mendatangkan nilai yang lebih besar untuk para penduduk," katanya.

Lim menambah bahawa ia telah membuka jalan bagi i-City untuk melancarkan tarikan terbaru, iaitu fasiliti edutainment 5 dimensi dengan menggunakan teknologi terkini.

Dengan menggunakan teknologi fiber CelcomDigi yang dibina sendiri, infrastruktur, fiber CelcomDigi boleh menyampaikan kelajuan sehingga 1Gbps ke mana-mana rumah i-City atau bilik dengan perkhidmatan 'fiber-to-the-room (FTTR)' CelcomDigi.

Penduduk i-City dapat menikmati pelan fiber ultra pantas dan tanpa had CelcomDigi pada harga promosi eksklusif yang merupakan pelanggan Pasca Bayar Celcom atau Digi sedia ada dan akan menikmati lebih banyak penjimatan, seperti 500Mbps dengan hanya RM90/bulan yang setara hampir 12 bulan fiber percuma, serta pelbagai tambahan permainan, hiburan, dan peralatan pintar bagi rumah dengan harga serendah RM2/hari. - DagangNews.com