CelcomDigi Kini Menawarkan Data 1TB Pada Harga RM15 Untuk 7 Hari, Sempena Raya

TechnologyDigital
23 Apr 2024 • 9:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi kini hadir dengan promosi khusus untuk para pelanggan pascabayar Celcom dan Digi, dimana anda boleh mendapatkan data sebanyak 1TB dengan akses 5G pada harga hanya RM15 untuk akses selama 7 hari.

image is not available

Tawaran ini tersedia melalui aplikasi Celcom dan Digi, untuk pelanggan pascabayar CelcomDigi, pascabayar Celcom, pascabayar Xpax, dan juga pascabayar Digi.

Pihak CelcomDigi menawarkan pelan ini antara 23 April 2024 sehingga 28 April 2024 kelak.