CelcomDigi Kini Menawarkan Pelan Internet Fiber Sehingga 1Gbps Pada Harga RM319 Sebulan

TechnologyDigital
29 Jun 2023 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi kini menambah beberapa penawaran pelan baharu untuk perkhidmatan jalur lebar talian tetap berasaskan gentian optik atau fiber. Melalui pakej baharu yang ditambah adalah yang berkelajuan 500Mbps, 800Mbps dan juga paling laju adalah 1Gbps.

Dibawah CelcomDigi, pelan 500Mbps ditawarkan pada harga RM219 sebulan, diikuti 800Mbps pada harga RM299 sebulan, dan 1Gbps pada harga RM319 sebulan. Untuk makluman, semua hadir dengan IP dinamik peribadi, penghala WiFi 6 percuma, serta kos pemasangan.

image is not available

Kelajuan yang ditawarkan adalah untuk muat-turun sahaja, sebaliknya kelajuan muat-naik adalah 100Mbps untuk pakej 500Mbps dan 800Mbps, sementara 200Mbps untuk pakej 1Gbps. Perkara ini mungkin mendukacitakan sesetengah pengguna yang aktif menstrim langsung, serta pengguna yang perlukan pelan dengan kadar muat-naik tinggi.

CelcomDigi juga menawarkan rebat tambahan khas kepada para pengguna mudah-alih dibawah pelan Celcom atau Digi yang terpilih.