CelcomDigi kini memaklumkan para pengguna mereka, yang kini rangkaian berkenaan mengalami masalah gangguan, dan sedang dalam proses menyelesaikannya dan membaik-pulih dengan segera. Sebab disebalik gangguan ini masih belum dikongsikan oleh pihak CelcomDigi buat masa ini.
Untuk sementara waktu, pihak CelcomDigi meminta para pengguna untuk menyambungkan peranti ke WiFi untuk sebarang keperluan ketersambungan rangkaian. Disebabkan oleh hal ini juga, beberapa perkhidmatan yang menggunakan rangkaian Celcom turut terjejas, dan salah satunya adalah Yoodo.
Pelanggan yang dihormati, kami kini mengalami masalah gangguan rangkaian dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya dengan segera. Sementara itu, sila sambung ke WiFi untuk keperluan ketersambungan anda. Terima kasih.
Dear users, we’re currently experiencing CelcomDigi Network Data interruption. Our apologies for any inconvenience caused. We will keep you updated once issue is resolved. Thank you for your patience.




