CelcomDigi perkenal logo baharu selepas hampir setahun bergabung

19 Oct 2023 • 7:56 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pada 30 November 2022, Celcom dan Digi telah mengumumkan bergabung secara rasmi bagi membentuk syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia. Hari ini, setelah hampir setahun berlalu, CelcomDigi memperkenal logo korporat baharu.

Boleh dikatakan, logo ini mengekalkan beberapa identiti lama Celcom dan Digi. Antaranya penggunaan font yang sama seperti Celcom, dan logo rama-rama yang mirip dengan logo Telenor. Malah, ia menggabungkan warna kuning Digi dan biru Celcom. Ini juga menjelaskan bahawa CelcomDigi adalah syarikat gabungan Celcom dan Digi.

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata, "Sejak termeterainya penggabungan kami pada Disember 2022, kami telah memperkenalkan pelbagai perkhidmatan, penyelesaian, dan inovasi baharu secara progresif. Hari ini, lebih daripada sekadar lambang baharu, jenama korporat baharu ini turut menggambarkan permulaan lembaran yang unggul untuk pelanggan, negara, dan CDzen yang memperkasakan organisasi ini setiap hari. Pembaharuan ini didorong oleh semangat jenama kami iaitu 'Mencipta dunia yang diinspirasikan oleh anda', dengan menerapkan tiga prinsip asas, iaitu dinamisme, mengutamakan pelanggan dan kecemerlangan.

image is not available
Idham Nawawi and Albern Murthy

"Kami berhasrat untuk mengangkat CelcomDigi sebagai ikon inovasi baharu negara sebuah institusi yang mempunyai skala serta sumber untuk menjadi penggerak kepada pertumbuhan digital negara, mengembangkan bakat tempatan, membangunkan ekosistem digital tempatan, dan menyediakan penyelesaian, tawaran, serta pengalaman terbaik buat pelanggan. Di samping menjadi jenama yang boleh dipercayai oleh pelanggan dalam era 'segalanya digital’."

"Dalam kerancakan CelcomDigi memenuhi janji berdasarkan pada skala, pengalaman, sumber dan bakat, para pelanggan masih menjadi fokus utama kami. Penyepaduan efisien kesemua kedai Celcom dan Digi serta saluran perniagaan telah membolehkan kami memberi perkhidmatan yang lancar kepada semua pelanggan. Ini membolehkan kami untuk terus meningkatkan perkhidmatan pelanggan, membawa lebih nilai serta lebih banyak produk penumpuan (converged) buat mereka, menerusi rangkaian terbesar dan terpantas di Malaysia. Kami amat teruja untuk terus mengorak langkah ke hadapan, dan pelanggan boleh menjangkakan lebih banyak lagi tawaran akan datang daripada CelcomDigi," tambah Datuk Idham.

Selepas bergabung tahun lepas, CelcomDigi telah memperkenal beberapa produk baharu. Antaranya CelcomDigi Fibre dengan kelajuan mencecah Gbps di setiap bilik di rumah, pertama di Malaysia. CelcomDigi juga aktif mempromosikan penggunaan 5G menerusi kempen “5G For All” dan pakej peranti 5G mampu milik.

image is not available

Terbaru, CelcomDigi menerusi Pusat Inovasinya telah bekerjasama dengan DHL untuk melancarkan gudang autonomi kecerdasan buatan (AI) dikuasakan 5G yang pertama di negara ini. CelcomDigi juga telah menandatangani perkongsian strategik bersama SK Telecom dan VIRNECT dari Korea Selatan, dalam bidang yang memacu inovasi dengan pengaplikasian 5G, AI dan Metaverse.

Untuk maklumat lanjut mengenai CelcomDigi, layari www.celcomdigi.com

Bacaan Berkaitan