CelcomDigi Perkenalkan Chatbot AI Baharu Dinamakan Sebagai Maya

TechnologyDigital
28 May 2025 • 1:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi kini memperkenalkan Maya iaitu chatbot kecerdasan buatan baharu yang bertujuan untuk mengajarkan bahasa ibunda Borneo seperti Iban dan Dusun. Inisiatif ini telah dibangunkan dengan kerjasama Replyr.ai bagi membolehkan pengguna mempelajari bahasa warisan melalui teknologi yang mudah diakses.

image is not available

CelcomDigi turut memperluaskan inisiatif ini melalui Misi Kereta Api, iaitu kolaborasi bersama Kupi Kupi FM bagi berinteraksi dengan komuniti tempatan di Sabah dan Sarawak sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang bakal tiba.

Sempena perayaan ini, CelcomDigi turut menawarkan pelbagai promosi istimewa kepada pelanggan. Pelanggan baharu StreamMORE Viu dapat menikmati akses percuma selama satu bulan untuk Viu Premium melalui StreamMORE Add-Ons, yang turut disertakan dengan tambahan 5GB data Internet. Selain itu, CelcomDigi menawarkan Pas Internet 2999GB pada harga RM8. Pas ini sah selama empat hari dan boleh didapati melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

image is not available

Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan telefon baharu, CelcomDigi menawarkan Pakej MegaJimat, yang membolehkan pelanggan memperoleh telefon 5G percuma apabila mendaftar untuk Pelan Pascabayar 80 CelcomDigi. Selain itu, pelanggan yang berada di Sabah, Sarawak dan Labuan layak menerima rebat tambahan sebanyak RM10 setiap bulan selama 24 bulan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved