CelcomDigi memperkenalkan Sophia AI, iaitu ejen AI yang dikhususkan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mempercepatkan transformasi digital tanpa perlu melakukan perubahan terhadap operasi sedia ada. Dengan kemampuan ini, Sophia AI hadir sebagai penyelesaian yang membolehkan PKS menggunakan teknologi pintar dengan lebih mudah, di samping mengurangkan kerumitan dalam proses pendigitalan.

Sophia AI boleh digunakan dalam pelbagai sektor. Misalnya dalam sektor runcit dan pengedaran, ia boleh membantu mengurus invois hingga pembayaran. Sementara itu, dalam sektor pembuatan ia mengautomasi dokumen pembekal, inventori dan penghantaran. Dalam masa yang sama, sektor kesihatan turut mendapat manfaat apabila Sophia AI mengurus janji temu, tuntutan serta bil. Manakala dalam sektor awam, ia memudahkan permohonan, semakan dokumen dan pengurusan kes.
Kelebihan utama Sophia AI ialah kemampuannya menyesuaikan fungsi mengikut keperluan dan bajet syarikat. Hal ini menjadikannya lebih mudah digunakan oleh pelbagai jenis perniagaan. Langkah ini dilihat sebagai usaha CelcomDigi mengukuhkan ekosistem PKS di Malaysia sambil membuka peluang kepada lebih banyak syarikat untuk bersaing dalam era pendigitalan pintar.
Sumber – CelcomDigi | Press releases
