Dengan bulan Ramadan menjelang tiba, kini CelcomDigi mengumumkan penawaran khusus bersempena dengan bulan puasa berkenaan. Dua pas diperkenalkan, iaitu pas Sahur dan juga pas Moreh.

Untuk pas Sahur, bermula 12 Mac hingga 13 Mei, pengguna boleh menikmati langganan data sebanyak 444GB pada harga RM7 untuk digunakan selama 7 hari, antara 3 pagi ke 9 pagi. Semua pelanggan CelcomDigi boleh melanggan pas ini.
Sementara untuk pas Moreh pula, CelcomDigi menawarkan akses internet 5G tanpa had pada kelajuan maksima antara 9 malam ke 3 pagi, pada harga RM7 untuk 7 hari. Pas moreh ini ditawarkan untuk pelanggan CelcomDigi Prepaid 5G Edisi Biru dan juga pelanggan prabayar Celcom sahaja.
Kedua-dua pas ini akan ditawarkan bermula 12 Mac 2024 ini, sehingga 13 Mei.

