CelcomDigi Prepaid 5G 39 Edisi Biru Kini Menawarkan Pelan Tanpa Had Pada Kelajuan 12Mbps, RM39 Sebulan

TechnologyDigital
19 Sep 2024 • 2:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi kini mengemaskini penawaran pelan prabayar dinamakan Prepaid 5G 39, sekaligus meningkatkan kadar kelajuan penggunaan 12Mbps dengan FUP 200GB. Kelajuan akan dihadkan kepada 512kbps selepas habis menggunakan FUP berkenaan. Selain itu, pelan sama juga turut menawarkan akses hotspot sebanyak 15GB pada kelajuan 100Mbps.

Melengkapkan pelan ini juga adalah penawaran tambahan 65GB data berkelajuan tinggi 100Mbps. Pengguna turut akan menerima akses panggilan tanpa had dibawah pelan ini.

image is not available

CelcomDigi turut menyatakan mereka mengemaskini penawaran kepada pelanggan Celcom sedia ada yang melanggan pelan internet tanpa had, dimana kelajuan akan digandakan sekali ganda berbanding yang dilanggan sebelum ini. Sebagai contoh, sekiranya kelajuan internet adalah 6Mbps sebelum ini, maka kini akan menikmati kelajuan 12Mbps.

Bagi anda yang berminat dengan pelan ini, boleh menyemak penawarannya melalui kedai CelcomDigi terdekat, atau melalui laman rasmi CelcomDigi hari ini.