CelcomDigi Tawar Akses Percuma Sooka Sebulan Untuk Pelanggan Pascabayar Dan Prabayar Melalui StreamMORE Add-ons

LocalEntertainment
18 Mar 2026 • 1:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi menawarkan akses percuma selama sebulan ke pakej Sports & Entertainment sooka untuk pelanggan Pascabayar dan Prabayar melalui langganan StreamMORE Add-ons. Melaluinya, pelanggan boleh menonton siaran sukan serta kandungan hiburan tempatan dan antarabangsa merangkumi pelbagai genre. Pakej ini turut menyertakan kandungan pendek melalui sooka Shorts.

image is not available

Tawaran ini adalah sebahagian daripada pengenalan sooka sebagai tambahan baharu dalam portfolio StreamMORE CelcomDigi. Ia hanya ditawarkan untuk tempoh terhad antara 10 Mac hingga 31 Mei 2026, di mana pelanggan layak menerima percubaan percuma selama sebulan, tertakluk kepada terma siapa cepat dia dapat. Selain akses percuma ke pakej Sports & Entertainment sooka, pelanggan CelcomDigi juga akan menerima tambahan 5GB Internet berkelajuan tinggi setiap bulan apabila melanggan melalui StreamMORE.

Bagi pelanggan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 60 dan ke atas, semua pakej boleh dilanggan melalui Mega Add-On dengan kontrak setahun. Untuk pelanggan Prabayar pula, mereka boleh memilih pakej SpeedSTREAM yang menawarkan akses sooka bersama Internet tanpa had, panggilan, dan penggunaan hotspot. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi dan tawaran ini tertakluk kepada syarat dan terma.

View Original Article