CelcomDigi Tawar Pelan Protect+ With AppleCare – Langganan Bermula RM50 Sebulan

LocalTechnology
5 Oct 2026 • 12:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi Tawar Pelan Protect+ With AppleCare – Langganan Bermula RM50 Sebulan

Dengan harga peranti yang semakin tinggi, penjagaan rapi menjadi semakin penting. Oleh itu, pelan perlindungan semakin mendapat perhatian kerana ia mampu memberikan jaminan tambahan. Menyedari keperluan ini, CelcomDigi memperkenalkan Protect+ with AppleCare Services, iaitu pelan perlindungan premium pelbagai peranti Apple terpilih seperti iPhone, iPad, Apple Watch, AirPods dan Beats.

Pelan ini menyediakan perlindungan terhadap kerosakan akibat jatuh atau tertumpah cecair, sokongan sepanjang masa (24/7) daripada pakar Apple, baik pulih oleh juruteknik bertauliah serta penggantian bateri apabila kapasiti menurun di bawah tahap tertentu. Langganan bermula RM50 sebulan jika digabungkan dengan pembelian iPhone baharu melalui program Easy360. Ia juga boleh didapati secara berasingan di laman web, kedai dalam talian dan cawangan CelcomDigi.

Image from: CelcomDigi Tawar Pelan Protect+ With AppleCare – Langganan Bermula RM50 Sebulan

Untuk makluman, AppleCare Services sudah lama ditawarkan di Malaysia. Namun, Protect+ with AppleCare Services ini hadir sebagai pelan perlindungan premium pelbagai peranti untuk produk Apple terpilih. Ia sudah tersedia di semua pusat jualan CelcomDigi di seluruh Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved