U Mobile dan CelcomDigi telah mengumumkan kerjasama strategik yang dijangka akan mengubah landskap telekomunikasi di Malaysia.
Kedua-dua syarikat telekomunikasi ini akan berkongsi sejumlah 100 tapak MOCN (Multi-Operator Core Network) di seluruh negara, dengan setiap pihak komited kepada 50 tapak masing-masing. Sekali gus akan mengukuhkan lagi liputan rangkaian 4G untuk kedua-dua syarikat.
Langkah proaktif oleh kedua-dua syarikat ini adalah sebahagian daripada usaha memperluas liputan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.
U Mobile dalam kenyataan mereka menyatakan, kerjasama ini akan membolehkan mereka untuk terus menambah-baik pengalaman penggunaan rangkaian mereka. Selain itu, perkongsian kos operasi dan penyelenggaraan bersama Celcom akan membantu mereka dalam mengurangkan beban kewangan.
CelcomDigi pula melihat kerjasama ini sebagai peluang untuk terus memperbaiki penawaran rangkaian 4G LTE mereka kepada pelanggan. Malah, mereka juga berharap kerjasama ini akan membolehkan mereka untuk terus melabur dalam pembangunan pengalaman digital para pelanggan mereka.
Selain peningkatan rangkaian 4G LTE, kerjasama ini juga dijangka akan menjimatkan kos operasi melalui perkongsian infrastruktur.
Dengan perkongsian infrastruktur ini, kedua-dua syarikat dapat mengurangkan kos pembinaan dan penyelenggaraan rangkaian, sambil memastikan liputan yang lebih luas dan kualiti perkhidmatan yang lebih baik untuk pelanggan mereka.
Sumber: Amanz
The post CelcomDigi & U Mobile umum kerjasama untuk tingkatkan rangkaian 4G appeared first on The Reporter.



