Celestis Menawarkan Pengebumian Di Marikh Menjelang 2030

WorldSpace
9 Nov 2025 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kurang daripada 700 manusia pernah pergi ke angkasa lepas. Mengikut perkiraan matematik, anda mempunyai keberangkatan lebih tinggi menjadi Perdana Menteri Malaysia daripada menjadi angkasawan Malaysia yang kedua ke angkasa lepas.

image is not available

Oleh itu kebarangkalian untuk menjejakkan kaki di permukaan Marikh adalah jauh lebih rendah. Tetapi Celestis, sebuah syarikat di Amerika Syarikat kini menawarkan pengebumian di Planet Merah seawal 2030.

Menerusi misi Mars300, Celestis ingin membawa 300 debu mayat dan sampel DNA ke Marikah menjelang 2030. Mereka yang berminat perlu membayar $24,995 dengan mereka kini hanya mengambil 10 wang pendahuluan.

Bagi yang mengatakan misi ini mustahil, Celestis sudahpun menawarkan perkhidmatan menghantar abu mayat ke angkasa lepas untuk disemadikan sejak 1994. Antara pelanggan mereka yang paling terkemuka ialah pencipta siri Star Trek, Gene Rodenberry dimana debu beliau dilancarkan ke angkasa lepas pada tahun 1997.

View Original Article