“Celuplah Tepung Dulu Bang”- Peniaga Terjatuh Telefon Dalam Periuk Minyak Panas Buat Ramai Ketawa [Video]

27 Jan 2023 • 6:29 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
iPhone masuk minyak panas

Merakam atau membuat siaran langsung di media sosial ketika berniaga sudah menjadi satu trend pemasaran yang baharu kepada peniaga.

Malah ia juga merupakan salah satu cara paling berkesan untuk mewar-warkan perniagaan kepada orang ramai.

Peniaga ayam goreng undang perhatian

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh seorang lelaki yang juga peniaga ayam goreng apabila video yang dimuat naiknya mengundang ketawa orang ramai.

Menerusi video dikongsikan @zaiem_ainn, kelihatan dia sedang sibuk menerangkan tentang ayam yang sedang digoreng di dalam sebuah periuk panas kepada pelanggannya.

Video yang dirakam menggunakan kamera telefon itu kemudian diambil secara dekat untuk merakam bagaimana keadaan ayam berkenaan ketika sedang digoreng.

Telefon tiba-tiba jatuh dalam minyak panas

Namun secara tiba-tiba telefon yang sedang dipegangnya itu terjatuh ke dalam periuk minyak panas berkenaan selama beberapa saat.

Apa yang memeranjatkan, telefon yang dipercayai jenama iPhone dari Apple tersebut masih berfungsi seperti biasa meskipun telah terendam dalam minyak yang panas.

“Terima kasih iPhone kerana barang anda memang puas hati,” katanya dalam kapsyen.

Melihat di ruangan komen, insiden berkenaan telah membuatkan ramai terhibur dan mereka turut berseloroh mungkin itulah sebenarnya keadaan bagaimana ayam digoreng.

“Kami dah faham perasaan ayam bila kena goreng..”

image is not available

“Macam ni rupanya suasana digoreng”

image is not available

“Jenuh nak buang minyak tu”

image is not available

“Terima kasih bang bawa saya jalan-jalan dalam minyak panas”

image is not available