Cemas Kepala Budak Tersepit Di Cermin Kereta, Ibu Cuai Tak Tengok Belakang

28 Sep 2023 • 1:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kecuaian seorang ibu mengancam keselamatan anaknya

Cemas Kepala Budak Tersepit Di Cermin Kereta, Ibu Cuai Tak Tengok Belakang. Baru-baru ini tular sebuah rakaman video detik cemas seorang ibu apabila kepala anak perempuannya tersepit di cermin tingkap kereta.

Menerusi perkongsian video itu di aplikasi X, seorang ibu dan anakya memasuki perkarangan bengkel kereta menaiki sebuah kereta berwarna hitam. Pada waktu itu, tingkap di bahagian kanan penumpang tidak bertutup sejak awal lagi.

image is not available
Sumber: X

Menutup enjin kereta, anak perempuan mengeluarkan kepala cermin yang sedang dinaikkan

Menurut laporan, ketika si ibu mahu menutup enjin kereta, kecuaian berlaku apabila dia tidak memeriksa bahagian cermin belakang penumpang dan terus menekan butang cermin tingkap untuk ditutup.

Malangnya, anak perempuanya pada ketika itu mengeluarkan kepala untuk melihat luar kereta. Tak diduga cermin yang sedang naik itu telah mengakibatkan kepala si anak tersepit hingga bahagian leher.

Bahkan, apabila si ibu keluar, dia mash tidak menyedari keadaan anakya sehinggalah tiga orang lelaki datang sambil menjerit dan membantu budak perempuan itu.

Orang awam menyedari perkara itu

Selepas menyedari keadaan itu, ibunya terlihat cemas dan segera menghidupkan semula kereta untuk menurunkan tingkap. Muka kanak-kanak itu juga menjadi merah akibat sukar bernafas.

image is not available
Sumber: kisahdunia

Sementara itu, cermin tingkap kemudian diturunkan dan kanak-kanak itu berjaya diselamatkan. Mujur tindakan segera oleh orang awam yang melihat kejadian tersebut dapat menyelamatkan kanak-kanak itu.

Baca juga artikel yang berkaitan: