Cemas, Percikan Api Keluar Dari Sayap Kapal Terbang Saat Berlepas, Ada Serpihan Gugur Dari Udara

22 Sep 2022 • 4:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cemas, Percikan Api Keluar Dari Sayap Kapal Terbang Saat Berlepas, Ada Serpihan Gugur Dari Udara

Penerbangan rutin pesawat United Airlines bertukar ngeri apabila terdapat percikan api berlaku dari salah satu sayapnya ketika baru melakukan penerbangan.

Sebuah pesawat penerbangan United Airlines 149 yang dijadualkan berlepas dari Newark, New York ke Sao Paulo, Brazil pada jam 11.24 malam (waktu tempatan) mengalami kegagalan disyaki berpunca dari pam tekanan hidraulik.

Difahamkan, pesawat tersebut adalah dari jenis N787 UA, Boeing 777-200ER dalam livery baharu United Airlines. Sebaik sahaja berlepas, pesawat itu telah memasuki corak laluan di atas Lautan Atlantik di ketinggian FL240 (24,000 kai) pada FlightRadar24.

Namun, setelah lebih kurang 1.5 jam selepas berlepas, pesawat tersebut dilaporkan kembali semula ke Lapangan Terbang Newark. Difahamkan, ini bukanlah kali pertama syarikat tersebut mengalami masalah.

Sumber: AeroXplorer