Cemas! Video ibu, anak tergantung 15 minit tular gara-gara flying fox tersangkut tengah tasik, ramai persoal tahap keselamatan

LocalEntertainment
9 Sep 2024 • 9:17 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
Tangkap layar video kejadian yang berlaku Sabtu lalu. (Kredit video: Orang awam)

AKTIVITI ekstrem seperti flying fox memang mengujakan para pencinta aktiviti rekreasi.

Namun, seorang wanita bersama anaknya berdepan detik cemas apabila tersangkut hampir 15 minit ketika menjalankan aktiviti tersebut di Taman Tasik Shah Alam.

Kejadian tular di media sosial menerusi perkongsian video berdurasi lebih dua minit difahamkan berlaku pada Ahad.

Menerusi rakaman, dua beranak itu tergantung pada ketinggian 30 meter dan sedang diselamatkan salah seorang kakitangan pengendali aktiviti lasak terbabit.

Operasi menyelamat berkenaan berjaya dan mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan susulan kejadian itu.

Menerusi temu bual yang dikongsikan, mangsa mengakui agak cemas namun cuba menenangkan diri untuk mengelak panik.

image is not available
Gambar hiasan

"Keadaan tergantung sudah teruk tapi kalau panik kita tak tahu apa akan berlaku selepas itu jadi perlu kekal tenang.

"Ini adalah pengalaman pertama berdepan situasi tersebut, namun sebelum ini sudah biasa dengan aktiviti lasak jadi kejadian ini tidak terasa sangat," katanya.

Susulan tularnya video berkenaan, ramai mempersoalkan tahap keselamatan aktiviti lasak yang dilakukan dengan kehadiran kanak-kanak.

Sumber: Sinar Harian