Cemburu Bekas Isteri Ada Kekasih Lain, Lelaki Bakar 34 Buah Motosikal Di Flat PPR

8 Jul 2022 • 11:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara cemburu terhadap bekas isteri yang mempunyai kekasih baru, seorang lelaki telah bertindak membakar motosikal milik mangsa yang diparkir di bawah sebuah PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, kelmarin.

Menurut laporan Kosmo, lelaki bersama dua rakannya telah membakar motosikal mangsa dan telah menyebabkan 34 buah milik penduduk yang lain turut hangus terbakar.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar yang telah bertindak atas maklumat dan telah menggerakkan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7) untuk membuat risikan dan tangkapan.

image is not available

Sumber : Kosmo Online  

Kesemua suspek yang berusia antara 31 hingga 43 tahun telah berjaya diberkas di kawasan perumahan PPR tersebut.

Semakan mendapati kesemua suspek memiliki beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan kes dadah.

Perbuatan itu yang bermotifkan cemburu itu telah menyebabkan ketiga-tiga suspek ditahan reman selama enam hari sehingga 12 Julai ini bagi tujuan membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

image is not available 5 jam lalu

Ditipu Sindiket Swasta, 400 Jemaah Haji Visa Furada Terkandas Di KLIA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved