Cemburu Kerana Terlalu Cantik, Rakan Perdaya Wanita Suntik Kolagen Rupanya Berisi Minyak Masak

EntertainmentBeauty
23 Sep 2024 • 1:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang selebriti Mexico, Lyn May kini menderita sehingga akhir hayatnya akibat pengkhianatan rakannya sendiri.

Lyn yang pada mulanya bekerja di sebuah kelab malam sebagai penari sebelum menjadi terkenal kerana kecantikannya itu mula menjadi popular sebelum bergelar artis neegara itu.

Sekitar tahun 1970 hingga 1990, Lyn berada di zaman kegemilangan namun ada yang mula iri hati dengan kejayaan dan populariti yang dikecapinya.

Gara-gara berasa tertekan untuk mengekalkan kecantikan yang dimiliki, rakan Lyn menyarankan agar wanita itu menyuntik kolagen bagi memastikan kulit wajahnya kekal anjal.

Namun, tanpa diketahui Lyn, kolagen itu sebenarnya terdiri daripada bahan seperti minyak masak, minyak bayi dan juga air.

Gara-gara itu, wajah Lyn yang pada awalnya sangat cantik akhirnya bertukar kembang dan membesar sehingga ke hari ini.

Lyn atau nama sebenarnya Lilia Guadalupe Mendiola yang kini berusia 72 tahun dilaporkan masih lagi perlu melalui beberapa prosedur surgeri bagi menyingkirkan cecair berkenaan di wajahnya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

"Terima Kasih Ajar Saya Buat Roti Jala & Cendol" - Khairul Aming Terima Surat Penghargaan Daripada Perdana Menteri New Zealand

View Original Article