Seorang lelaki bertindak ‘gila’ apabila menyerang kekasih bekas isterinya dengan kapak dipercayai bermotifkan cemburu.
Lapor Kosmo!, ketika kejadian bekas isteri suspek dan kekasihnya sedang makan di dalam kereta berhampiran bulatan Menara Kinabalu, Kota Kinabalu Sabah.

Mangsa (kekasih bekas isteri suspek) kemudiannya dihampiri tiga orang lelaki dan diserang menggunakan sebilah kapak. Mangsa ditetak berkali-kali oleh suspek sehingga cedera parah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah, mangsa mengalami luka pada muka, tangan dan kaki hingga ibu jari kaki kanan hampir putus.
Pasangan itu menyelamatkan diri dan menuju ke Balai Polis Alam Mesra.
Kini polis sedang giat memburu suspek dan dua lagi rakan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Khaidir Zakaria di talian 014-8019618.
Kredit: Kosmo!


