
KLANG, 28 APRIL: Majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Central Spectrum (M) Sdn Bhd meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu terdiri rakan niaga serta pelanggan.
Ketua pengarah eksekutifnya Mohd Zapi Abdullah berkata penganjuran kali ini berbeza dan unik memandangkan ia berlangsung di pusat galeri syarikat di Pulau Indah, dekat sini.
“Hampir setiap tahun kita anjurkan rumah terbuka kecuali ketika penularan Covid-19. Selalunya kita buat di hotel tapi kali ini di pusat pameran sendiri sebab nak tarik kehadiran pengunjung ke sini.

“Kita turut menyerahkan sumbangan RM212,000 untuk disalur kepada Tabung Prihatin Selangor bagi membantu mangsa letupan gas Putra Height.
“Sumbangan daripada beberapa rakan strategik ini diserahkan kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari,” katanya kepada Media Selangor.
Dalam majlis berkenaan, Mohd Zapi turut menyerahkan duit raya kepada kepada pelajar Maahad Tahfiz Darul Furqon, Pulau Indah.
Susulan kejadian letupan saluran gas Petronas di Putra Heights pada 2 Syawal, Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Selangor Prihatin sebagai inisiatif tambahan meringankan beban mangsa.
Setakat 16 April, tabung itu berjaya mengumpul RM4.74 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk anak syarikat dan sektor swasta.




The post Central Spectrum, rakan strategik sumbang RM212,000 kepada mangsa Putra Heights appeared first on Selangorkini.
