
KAJANG – Selepas menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh selama 13 bulan dan 20 hari, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dan anak bekas pengasas Al-Arqam serta 11 pemimpin tertinggi syarikat itu akan dibebaskan selepas solat Jumaat ini.
Peguam, Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili semua tertuduh berkata, meskipun Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara selama 15 bulan, namun jika ditolak dengan tempoh cuti umum dan hujung minggu, ia membolehkan mereka dibebaskan serta-merta bermula Jumaat.
“Anak guam tidak perlu dibawa ke Penjara Sungai Buloh sebaliknya semua urusan akan diselesaikan di Kompleks Mahkamah Penjara Kajang.
“Setelah urusan pentadbiran diselesaikan, mereka akan dibebaskan hari ini,” katanya yang hadir bersama peguam, Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nor Tamrin.
Pada Jumaat, Nasiruddin dan 12 tertuduh lelaki dihukum penjara 15 bulan kerana menjadi ahli kumpulan menyalahi undang-undang, lima tahun lalu.
Sementara isteri Nasiruddin dan lapan tertuduh wanita yang lain, didenda masing-masing RM4,500 atas pertuduhan sama.
Tertuduh wanita diperintah ke penjara selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.
AKAN MENYUSUL
