
John Ternus sedia menjadi CEO baru Apple sejak September 2026, menggantikan Tim Cook. Sejak pengambil-alihan tampuk Apple, pelbagai laporan sedia hadir menyatakan John Ternus akan lebih memfokuskan kepada pembangunan produk, lebih kurang seperti era Steve Jobs sebelum ini.

Kini, hadir laporan lanjutan Bloomberg, menyatakan John Ternus pertimbang untuk memperkenalkan produk baharu dengan lebih kerap berbanding pada hari ini yang biasanya diperkenalkan sekitar Mac dan September, dan diselang dengan acara WWDC sekitar Jun. Pengenalan iPhone generasi baharu sendiri telah dibahagikan kepada tiga fasa, dimana versi Pro telah pun dipasarkan, dengan iPhone Duo dijangka menyusul pada Oktober ini, dan iPhone 18 biasa sekitar Mac kelak.
Tidak setakat itu, John Ternus turut menyatakan ingin membentuk organisasi yang beroperasi lebih pantas dengan mengurangkan bahagian pengurusan pertengahan, sekaligus membolehkan bahagian jurutera berkomunikasi terus dengan eksekutif atasan.
John Ternus sedia bekerja selama 25 tahun di Apple, dan telah melihat pelancaran pelbagai produk oleh syarikat berkenaan. Dengan pengalaman dan fokus terhadap produk, sama-sama kita nantikan apakah perancangan seterusnya oleh John Ternus di Apple.



