CEO Batu disambung reman lagi

LocalPolitics
26 May 2025 • 12:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pempengaruh dikenali sebagai CEO Batu yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes beberapa mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun disambung reman sehingga esok.

GOMBAK – Pempengaruh dikenali sebagai CEO Batu yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes beberapa mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun disambung reman sehingga esok.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 22 tahun dikeluarkan selepas permohonan dibuat bagi siasatan lanjut.

“Suspek sebelum ini direman selama empat hari bermula Jumaat hingga hari ini. Justeru, polis memohon sambungan reman dan dibenarkan untuk satu hari lagi.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan lelaki terbabit ditahan polis pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur.

Penahanan lelaki tersebut dibuat susulan laporan dikemukakan ibu mangsa.

Siasatan awal mendapati, suspek menghantar beberapa imej tidak senonoh serta mesej berunsur seksual kepada mangsa sejak awal Mei lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved