CEO DeepSeek Kini Pengasas AI Terkaya Di Dunia

TechnologyBusiness & Finance
14 Jul 2026 • 3:30 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

CEO DeepSeek Kini Pengasas AI Terkaya Di Dunia

Nilai kekayaan pengasas DeepSeek, Liang Wenfeng, melonjak kepada AS$36 bilion, lebih dua kali ganda berbanding sebelum ini selepas syarikat itu berjaya memperoleh pembiayaan baharu.

Beliau kini menjadi individu paling kaya di dunia dalam kalangan pengasas syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan model AI.

Lonjakan itu berlaku selepas DeepSeek menamatkan pusingan pembiayaan sebanyak AS$7.4 bilion pada Jun 2026, sekali gus meningkatkan nilai syarikat kepada AS$50 bilion.

Liang turut melaburkan kira-kira AS$3 bilion daripada wangnya sendiri dalam pusingan tersebut dan masih memiliki sekitar 78% pegangan dalam syarikat.

DeepSeek ditubuhkan pada tahun 2023 sebagai cabang kepada syarikat dana lindung nilai High-Flyer Asset Management.

Sebelum sekatan eksport cip Amerika Syarikat diperketatkan, syarikat itu telah membeli sejumlah besar cip grafik berprestasi tinggi, memberikan DeepSeek kelebihan dari segi kuasa pengkomputeran untuk membangunkan model AI.

Nama DeepSeek mula menjadi perhatian dunia pada awal 2025 selepas melancarkan model AI yang menawarkan prestasi setanding pesaing seperti OpenAI, tetapi pada kos pembangunan yang jauh lebih rendah.

Syarikat itu turut memperkenalkan model DeepSeek V4, yang direka untuk serasi dengan cip keluaran Huawei, sekali gus mengukuhkan ekosistem AI buatan China.

Perkembangan ini menunjukkan landskap teknologi China kini semakin beralih daripada syarikat internet tradisional kepada industri kecerdasan buatan.

Dengan sokongan modal yang semakin besar daripada sektor swasta dan kerajaan, DeepSeek dilihat sebagai antara pemain utama yang bakal memacu masa depan AI China.


Nak jumpa kami secara bersemuka? Singgah ke Invest Fair di Mid Valley Exhibition Centre pada 18-19 Julai 2026, di Booth 330, Hall 3. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan merchandise eksklusif Intraday, selagi stok masih ada!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved