CEO GISBH, 21 individu lain dibebaskan semalam

LocalPolitics
8 Nov 2025 • 9:20 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali bersama 12 lelaki lain dibebaskan dari Penjara Kajang semalam, selepas menjalani tahanan selama 13 bulan dan 20 hari.

Peguam pembelaan, Datuk Rosli Kamaruddin, berkata anak guamnya dibebaskan sebaik urusan pentadbiran penjara selesai, walaupun masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 bulan selepas mengaku bersalah menjadi ahli pertubuhan haram.

"Mereka tidak perlu kembali ke Penjara Sungai Buloh lagi. Semua urusan akan diselesaikan di sini hari ini (semalam).

"Selepas proses pengesahan cap jari dan dokumentasi selesai, mereka boleh pulang terus. Tempoh reman selama 13 bulan, ditambah dengan pengurangan hukuman standard sebanyak satu pertiga, melayakkan mereka untuk dibebaskan," katanya ketika ditemui di luar Kompleks Mahkamah Penjara Kajang, semalam.

Sementara itu bagi katanya, bagi sembilan tertuduh wanita yang masing-masing dikenakan denda RM4,500, pembayaran akan dibuat di lokasi sama sebelum mereka turut dibebaskan.

Semalam, BH melaporkan pada Kira-kira jam 1 tengah hari, semua tertuduh dibawa ke bangunan utama penjara yang terletak hanya beberapa minit dari kompleks berkenaan dan dibebaskan selepas solat Jumaat.

Terdahulu, kesemua 22 tertuduh mengaku bersalah menjadi ahli GISBH, yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram, antara Oktober 2020 hingga 11 September tahun lalu di Bandar Country Homes, Rawang.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - 8 November, 2025

The post CEO GISBH, 21 individu lain dibebaskan semalam appeared first on Scoop.