CEO GISBH, 21 Individu Lain Mengaku Salah Anggotai Pertubuhan Langgar Undang-Undang

LocalPolitics
7 Nov 2025 • 1:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH), Nasiruddin Mohd. Ali bersama 21 individu lain mengaku salah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menganggotai pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Menurut laporan Kosmo! Online, pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan baharu dibacakan di hadapan Hakim Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang.

Mengaku salah

image is not available

Selain Nasiruddin, tertuduh lain ialah Hasnan Abd Hamid, 54, Mohammad Adib At-Tarmizi Asa’ari, 33, Mohd. Shukri Mohd. Noor, 54, Mokhtar Tajuddin, 61, Shuhaimi Mohamed, 57, Muhammad Afdaluddin Latif, 35, Mohamad Sayuti Omar, 36, Mohd. Fazil Md Jasin, 58, Mohd. Dhirar Fakhrur Razi, 35, Muhammad Zahid Azhar@Nadzri, 52, Abu Ubaidah Ahnad Shukri, 35, dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.

Manakala sembilan lagi tertuduh wanita ialah CEO GISBH, Azura Md Yusof, 58, Asmat@Asmanira Muhammad Ramly ,45, Mahani Kasim, 55, Siti Hajar Ismail, 52, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28, Nurul Jannah Idris, 29, Nur Jannah Omar, 33, Siti Salmiah Ismail, 58 dan Hamimah Yakub, 73,.

Artikel lain: Nahas UPSI: Gagal Patuhi Syarat Lesen, Syarikat Bas Dikenakan Denda RM20,000

Mengaku salah

image is not available

Pada prosiding terdahulu, mahkamah dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi yang dikemukakan oleh Nasiruddin dan 21 tertuduh lain berhubung pertuduhan asal menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Pihak pendakwaan memaklumkan perkara itu ketika sebutan semula kes berkenaan.

Sumber: Kosmo!Online (Nuzulsham Shamsuddin)

The post CEO GISBH, 21 Individu Lain Mengaku Salah Anggotai Pertubuhan Langgar Undang-Undang appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved