CEO GISBH, anak Abuya, 11 tertuduh lelaki dijel 15 bulan

LocalPolitics
7 Nov 2025 • 12:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
CEO GISBH dan 12 individu lain dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Tinggi kerana menjadi ahli kumpulan menyalahi undang-undang, lima tahun lalu.

KAJANG - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali bersama anak bekas pengasas Al-Arqam dan 11 tertuduh lelaki lain dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat kerana menjadi ahli kumpulan menyalahi undang-undang, lima tahun lalu.

Sementara isteri Nasiruddin dan lapan tertuduh wanita lain didenda masing-masing RM4,500 atas pertuduhan sama.

Tertuduh wanita diperintah ke penjara selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mendengar keputusan itu, semua tertuduh mengucapkan syukur kepada ALLAH di atas keputusan berkenaan.

Turut kedengaran ialah ungkapan ‘Allahuakbar' dan 'terima kasih banyak' ketika peguam menghampiri kandang tertuduh.

Semasa membaca keputusan, Hakim, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar berkata, semua 13 tertuduh lelaki dihukum penjara bermula tarikh tangkap antara 25 September hingga 12 Oktober 2024.

Mereka dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca secara serentak, dalam prosiding pilihan yang dijalankan di Kompleks Mahkamah Penjara Kajang.

Semua tertuduh tersebut ialah Nasiruddin, 66, isterinya, Azura Md Yusof, 58, dan anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asa’ari, 33.

Sementara lapan tertuduh wanita lain ialah Hamimah Yakub, 72, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45, Mahani Kasim, 55, Siti Salmiah Ismail, 58, Siti Hajar Ismail, 52, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28, Nurul Jannah Idris, 29, dan Nur Jannah Omar, 33.

Seramai 11 tertuduh lelaki pula ialah Hasnan Abd Hamid, 54, Mohd Shukri Mohd Noor, 54, Mokhtar Tajuddin, 61, Shuhaimi Mohamed, 57, Muhammad Afdaluddin Latif, 35, Mohamad Sayuti Omar, 36, Mohd Fazil Md Jasin, 58, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35, Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52, Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35 dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.

Mengikut pertuduhan pilihan, mereka, didakwa menjadi anggota kumpulan GISBH yang merupakan satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, di sebuah premis di Bandar Country Homes, Rawang antara bulan Oktober 2020 hingga 11 September 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

AKAN MENYUSUL

 

 

View Original Article