CEO Harimau Malaya Berhasrat Bawa Malaysia Ke Piala Dunia

LocalFootball
16 Jan 2025 • 10:26 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan, Robert Douglas Friend atau Rob Friend meluahkan hasratnya untuk membawa Malaysia ke Piala Dunia.

Hasrat bawa Malaysia ke Piala Dunia

image is not available

Foto: Facebook Football Association of Malaysia

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook Football Association of Malaysia (FAM), Friend meluahkan semangat yang tinggi dalam usaha memperkasa pasukan Harimau Malaya untuk mencapai setiap sasaran yang telah ditetapkan.

Bekas pemain kebangsaan Kanada itu bertekad untuk memperkemaskan proses pembentukan pasukan kebangsaan dari segenap aspek sebagai sebahagian daripada projek revolusi Harimau Malaya.

Malah, beliau mahu melakukan analisis prestasi setiap lapisan pasukan kebangsaan secara menyeluruh sebelum merangka pelan terbaik bagi tempoh jangka panjang.

image is not available

Foto: Facebook Football Association of Malaysia

“Kita ada pelan jangka pendek, pertengahan dan panjang, dengan tugasan pertama kita adalah kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac depan menentang Nepal dan ia amat penting buat pasukan kebangsaan,” kata Friend pada Rabu.

Beliau menekankan bahawa pihaknya telah mengumpulkan barisan kejurulatihan bertaraf dunia, termasuk Dr Craig Duncan sebagai Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan.

“Kita juga ada (ketua jurulatih) Peter Cklamovski yang pada saya salah seorang jurulatih terbaik di dunia.

“Kita perlu mengenal pasti beberapa permasalahan dan dengan visi Tunku Mahkota Ismail (Pemangku Sultan Johor) untuk menjadi lebih baik, harapnya Malaysia dapat melangkah ke Piala Dunia kerana itu cita-cita saya,” tambahnya.

Sumber: Facebook Football Association of Malaysia